9/26/2009 12:41:00 PM

Teori tentang komponen Elektronik

Posted by NuR_GrEeN


 Gambarajah Kapasitor




Skematik Kapasitor

  • Kapasitor juga mempunyai dua kaki.
  • Ia mempunyai pelbagai bentuk dan saiz.
  • Walaubagaimanapun kapasitor mempunyai kaki yang berpolariti dan ada juga yang tidak berpolariti.
  • Kapasitor jenis elektrolitik adalah yang berpolariti positif dan negatif. Manakala kapasitor jenis mika, ceramik, tantalum dan lain - lain lagi adalah jenis tidak berpolariti.
  • Fungsi kapasitor adalah sebagai penapis dan ia juga boleh mengecas ( menyimpan) dan menyahcas ( membuang ) cas elektrik.
  • Unit bagi kapasitor ialah dalam julat Farad ( F ).
  •  Nilai yang biasa digunakan adalah mikroFarad, nanoFarad dan pikoFarad.
  • Kapasitor juga sangat popular dalam litar eletronik. Semakain besar nilai Farad semakin banyak cas yang boleh disimpan.
Cara membaca kod Kapasitor :
  • Jika dilihat Kapasitor jenis elektrolitik, boleh dibaca nilai yang tertera pada badan kapasitor tersebut. 
  • Manakala Kapasitor jenis mika, seramik dan sebagainya dibaca melalui perkiraan, sebagai contoh 105. Kod 105 bermaksud nilainya adalah 1uF.
  • Kiraannya:
          105 = 10 + 5 sifar ( 00000 )
                 = 10 + 00000
                 = 1 000 000 pF ( piko )
                 = 1 000 nF ( nano )
                 = 1 uF ( mikro )


Perintang





Gambarajah Perintang dan skematik Perintang


  • Perintang adalah peranti elektronik membolehkan had arus elektronik mengalir melaluinya didalam litar dan menghasilkan kejatuhan voltan pada kedua-dua terminal.
  • Perintang sangat diperlukan hampir semua litar elektronik. Perintang juga biasanya selalu dikaitan dengan hukum ohm yang menyatakan V=IR, di mana V adalah voltan, I ialah arus dan R adalah rintangan.
  • Perintang mempuntai dua kaki biasanya digunakan dalam semua litar elektronik.
  • Ia tiada polariti positif atau negatif dan ianya adalah peranti pasif. Perintang yang biasa digunakan adalah jenis karbon bersaiz 1/4 Watt dan 1/2 Watt.
  • Fungsi perintang lazimnya adalah sebagai penghad aliran arus elektrik. Setiap perintang mempunyai nilai rintangan yang tersendiri.
  • Untuk mengetahi nilai rintangan tersebut ianya tertera di atas badan perintang yang ditunjukkan melalui kod warna. Setiap warna mewakili nilai tertentu.
  • Contoh seperti warna merah mewakili nilai nombor dua. Kebiasaannya terdapat empat kod warna pada setiap perintang. Nilai perintang adalah dalam julat Ohm. Nilai Ohm akan berganda dari Ohm ke Mega Ohm dan ke Giga Ohm.
  • Nilai perintang juga boleh diketahui dengan menggunakan meter Ohm atau meter Pelbagai.
  • Untuk membaca kod perintang, perlulah ketahui kod warna terlebih dahulu.
  • Jalur warna yang keempat mewakili nilai toleransi. Nilai toleransi mengikut warna seperti di bawah:
              ~ Perang 1%
              ~ Merah 2%
              ~ Hijau 0.5%
              ~ Biru 0.25%
              ~ Ungu 0.10%
              ~ Kelabu 0.05%
              ~ Emas 5%
              ~ Perak 10 %
              ~ Tiada Warna 20%

Contoh :
  • Coklat, Hitam, Oren, Emas = 10x1000 +/-10%
  • Warna kod di atas menunjukkan nilai perintang 10K Ohm bertolarensi -/+ 10%.
  • Warna kod keempat menentukan tolarensi sebanyak 10% bagi nilai 10K Ohm.
  • Warna kod keempat kebiasaannya terdiri dari warna emas dan perak. Untuk warna perak nilai toleransi adalah -/+ 20%.
  • Jika nilai di atas 10K Ohm bertoleransi -/+10%, bermakna nilai toleransi bagi nilai terendah bagi 10K adalah 9K dan nilai tertinggi pula adalah 11K Ohm.
  • Di sebelah adalah jadual untuk mengetahui nilai rintangan dengan hanya memilih warna kod bagi setiap band 1 hingga 4.

Jadual Membaca Nilai Perintang 






 



Perintang Boleh Laras

  • Selain perintang tetap, terdapat perintang yang nilai Ohm boleh dilaras mengikut kehendak.
  • Ia adalah perintang boleh laras atau variable resistor ( VR ). VR ini mempunyai 3 kaki. Terdapat juga 2 kaki seperti VR jenis tripod.
  • VR selalu digunakan dalam alatan elektronik seperti sound volume untuk radio dan tv lama.
  • VR juga mempunyai beberapa bentuk dan jenis. Ada VR jenis putar dan ada juga VR jenis slide.
  • Kedua-dua fungsinya sama cuma ia berbeza dari segi pergerakan mekanikal. VR akan mengalami kerosakan dan juga haus jika ianya digunakan dengan kerap dan terlalu lama.

Related Posts with Thumbnails

GrEeN

My photo
saya ske benda baru dan saya harap maklumat yang terdapat didalam blog nie dapat membantu dan memberi maklumat kepada pengungjung blog nie...salam perkenalan